Monday, May 18, 2015

a review on A DOCTOR IN THE HOUSE-the memoirs of Tun Mahathir Mohamad


 

A Doctor In The House The Memoirs Of Tun Mahathir Mohamad adalah buah karya tulisan peribadi dari sudut pandangan tersendiri seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Mahathir Mohamad.  Sebuah karya asal dalam Bahasa Inggeris yang memang mendapat perhatian seluruh dunia. Tun menyifatkan buku ini adalah pandangan dan luahan hati beliau dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara moden. 

Menjurus kepada apa yang dikisahkan dalam bab 2 dalam buku ini yg bertajuk Nilai Kekeluargaan, penulis menceritakan tentang latarbelakang kehidupan keluarganya. Tentang ayahnya Mohamad bin Iskandar yang merupakan seorang guru biasa yang bermula dengan minatnya untuk belajar di sekolah Inggeris dan merahsiakan perbuatannya daripada ibu bapanya yang juga datuk dan nenek Tun Mahathir.  Mempunyai latarbelakang pendidikan Inggeris sehingga lulus Darjah Empat dan kemudiannya menjadi guru Bahasa Inggeris.  Bapanya melalui proses latihan dalam kelas dan juga merupakan guru kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Seorang guru yang tegas dan pastinya tidak digemari termasuk Tunku. Ketegasannya bukan kekerasan kerana bapanya tidak pernah memukul mereka.  Tetapi cukup untuk menjadikan adik-beradik Tun kekal di meja besar diruang tamu yang dijadikan tempat belajar dan hanya berhenti apabila tiba waktu makan.  Selain Tun dan adik-beradiknya, sepupu mereka Tun Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin juga tinggal bersama mereka kerana ingin dididik dengan cara yang sama. 

Bab ini juga menceritakan tentang bagaimana mereka sekeluarga terpaksa hidup merantau kerana tuntutan tugas sebagai guru di Pahang dan Johor. Kakaknya Habsah dilahirkan di Pahang dan abangnya Mahadi dilahirkan di Johor ketika bapanya bertugas di Johor English College.  Setelah lapan tahun berkhidmat, bapanya meletak jawatan sebagai guru dan menyertai Jabatan Audit Kedah kerana ingin dekat dengan kampung halaman serta kecekapananya dalam bidang matematik.  Sifir Highest Common Factor (HCF) dan Lowest Common Factor (LFC) yang diajarkan ayahnya kepada abangnya menjadikan Tun juga pandai dalam mental arithmetic. Bapanya bersara ketika Tun dalam Darjah Dua di Sekolah Inggeris Kerajaan, Alor Setar.

Tun dilahirkan di Seberang Perak, lokasi termiskin di Alor Setar pada 10 Julai 1925 tetapi didaftarkan kelahirannya pada  20 Disember 1925 kerana bapanya ingin mengelak daripada masalah berkaitan umur apabila didaftarkan untuk sesi persekolahan.

Mereka tinggal di kawasan setinggan. Rumahnya hanya mempunyai 2 buah katil, satu untuk ayah dan ibunya dan satu lagi untuk ahli keluarga yang baru berkahwin.  Adik-beradiknya hanya tidur beralas tilam nipis dan kelambu yang digantung dipenjuru rumah yang harus dikemas semula setiap pagi.  Dikelilingi pelbagai ragam manusia yang masih kekal dalam ingatan sehingga hari ini, kawan bernama Abdul Rahman Awang, anak Pak Awang Ladeh yang merupakan rakan sekuliah pada 1947 yang akhirnya menjadi Pengarah Jabatan Pergigian Malaysia.  Mereka juga adalah bukti bahawa sesiapa saja boleh berjaya asalkan mereka gigih berusaha. 

Bab ini banyak menceritakan tentang kisah-kisah kecil yang tersendiri seperti aktiviti memancing ikan temekong ketika hujan, makcik penjual cucur, juga India pengangkut air dengan bajunya penuh hiasan syiling-syiling akan tiba-tiba sahaja meletakkan tong-tong airnya dan menari. Malah Tun, sentiasa terbayangkannya bila memakai pakaian rasmi dan memasang pingat kebesaran dibajunya sendiri.

Tun memperkenalkan ayahnya yang merupakan Melayu Pulau Pinang yang ada darah keturunan India. Ibunya Wan Tempawan berketurunan Melayu Kedah. Mereka berkahwin dengan diatur oleh orang tua dan melahirkan anak-anak yang dipanggil Jawi Peranakan dan membesarkan anak-anak dengan cara dan adat budaya orang Melayu yang penuh adab tertib.  Mereka mengamalkan gaya hidup yang penuh kesopanan dan adab Melayu. Tun menyifatkan itu sebagai ortodoks.

Adik-beradik Tun mendapat pendidikan yang secukupnya. Malah Tun beruntung kerana merasakan dialah yang mendapat pendidikan tertinggi dalam keluarga apabila berjaya menjadi seorang doktor.  Penekanan ilmu yang seimbang oleh ibu dan bapanya menjadikan Tun seorang yang sangat minat untuk menimba ilmu dan membaca pelbagai jenis buku.

Pelajaran tentang kehidupan diterapkan oleh ibu Tun, Wan Tempawan dengan memberi penghargaan atas setiap usaha yang telah dibuat mengajar beliau untuk lebih menghargai hasil usaha dan titik peluh sendiri. Tun diajar berusaha untuk mendapatkan setiap sesuatu. Antaranya, untuk memiliki sebatang pen, ibunya menyuruh Tun mengangkut air dan menyiram melur dengan upah satu sen sehari. Tun belajar menjana wang dengan menjual belon pada setiap jumaat menggunakan wang poket sendiri. Tidak ketinggalan juga kisah dibuli pelajar senior di sekolah. Didikan ibunya, menjadikan Tun seorang yang bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki. Juga belajar bersederhana apabila dikurangkan wang belanja harian kerana ayahnya sudah berpencen.  Ibunya membuat bedak sejuk dan minyak urut sebagai usaha kecil-kecilan. Kehidupan Tun memang berbeza dengan kehidupan anak muda kini.  Mereka tidak menyatakan perasaan dengan kata-kata, tetapi menzahirkan dengan perbuatan.  Ibunya tidak mahu Tun menjadi inspektor polis dan doktor.  Tetapi, tidak menghalang niatnya apabila Tun akhirnya menyuarakan ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. 

Kehidupan Tun banyak dipengaruhi oleh abang dan kakaknya kerana Tun merupakan anak yang bongsu.  Apabila beliau melakukan kesalahan, kakak dan abangnya akan memukul tangan untuk membetulkan kesalahan itu.  Kakak sulung Tun, Rafeah paling rapat dengan beliau dan tinggal bersamanya sehinggalah meninggal dunia pada 1 September 2009.

Tun menjelaskan segala nilai yang telah diterapkan melalui didikan keluarga, bertanggungjawab, bersederhana, tolak ansur dan saling menghormati menjadi bekalan kepada beliau dalam menjalankan tugas sebagai menteri, seterusnya, perdana menteri.  Tun tidak pernah memindahkan mana-mana staf yang berkhidmat denganya atas alasan tidak berkhidmat dengan baik kerana baginya, pertukaran itu tidak menjamin untuk beliau mendapat pengganti yang lebih baik.  Malah, beliau mengambil pendekatan untuk saling menerima dan menegur untuk memperbaiki.  Hasilnya, Tun mendapat kakitangan yang setia berkhidmat untuknya sehinggalah sekarang. 

Ibu dan ayah Tun menjadi contoh terbaik kepada beliau tentang nilai kekeluargaan. Mereka berkongsi cerita dan meluangkan masa bersama walau hanya bersandar pada tiang dalam rumah dan menghadap wajah masing-masing.  Mereka tidak menunjukkan kasih sayang, kerana itu dianggap tidak manis.  Mereka saling mengasihi dengan cara yang tersendiri. Apabila bapanya meningkat tua, jantungnya mulai lemah dan beliau enggan kemana-mana.  Ketika itu, Tun sudah menjadi pegawai perubatan dan tinggal di rumah kerajaan. Tun percaya itu adalah kerana bapanya tidak mahu meninggal jauh dari rumah mereka. Tun malah menjenguk ibu bapanya, setiap hari sepulang dari hospital.  Bapa Tun meninggal dunia pada 1962 disusuli dengan pemergian ibundanya tercinta tiga tahun kemudian kesan kemurungan dan hilang selera makan walaupun pun beliau tidak pernah lupa untuk bergegas pulang menemui ibunya setiap hari dan menceriakannya selepas pemergian suaminya.

Tun Mahathir datang daripada keluarga yang mementingkan pendidikan.  Beliau mempunyai didikan agama yang sempurna hasil daripada usaha ibunya yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk melihat mereka berjaya di dunia dan akhirat.  Atas sebab itu, Tun tidak mengamalkan poligami kerana percaya bahawa seorang isteri adalah sudah mencukupi dan bimbang tidak dapat berlaku adil.  Malah beliau bersyukur kerana isterinya Hasmah juga datang daripada latarbelakang keluarga yang tidak mengamalkan poligami malah merasakan ianya adalah ketidakadilan pada lelaki lain yang belum berkahwin.  Namun begitu, Tun tidak menafikan bahawa poligami adalah dibenarkan mengikut syarat-syarat tertentu. 

Tun juga memperincikan sikap toleransi dalam rumah tangga.  Beliau seorang yang sangat menepati masa tetapi Hasmah seringkali lewat.  Beliau berusaha mengatasi perkara itu dengan membontoti Hasmah ke mana sahaja sehinggalah beliau selesai.  Perkara itu dianggap sebagai gurauan dan itu adalah antara resepi kebahagiaan rumah tangga mereka. Walaupun Hasmah tetap lambat bersiap sehingga kini.

Nilai kekeluargaan ini memang sudah diterap dalam hidup Tun Mahathir sedari kecil.  Neneknya, tinggal bersama keluarga mereka sehingga beliau meninggal.  Ini menjadikan Tun seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Maka Tun tidak setuju dengan drama-drama yang memberikan nilai negatif terhadap kepentingan hidup berkeluarga dan kasih sayang pada ibu bapa.  Tidak dinafikan, hubungan kekeluargaan dan kedudukan yang tinggi menyusahkannya. Ini kerana, ketika beliau bergelar perdana menteri, ramai saudara-mara yang datang membawa sampul coklat cadangan memohon sokongan.  Hakikatnya, Tun tidak pernah melobi dan percaya, jika cadangan itu diterima adalah kerana ia memang permohonan yang baik.  Namun, bagi yang gagal, mereka ada yang sehingga kini masih tidak bertegur sapa dengannya.

Bukan hanya saudara, malah anak-anak dan isteri juga diterangkan tentang perkara ini.  Tun menegaskan, semasa dan selagi beliau adalah seorang anggota kerajaan, anak-anaknya tidak dibenarkan terlibat dalam politik.  Tun berpegang teguh bahawa keluarganya, tiada peranan dalam kerajaan.  Apa juga yang dimiliki oleh anak-anaknya adalah daripada hasil usaha mereka sendiri. Walaubagaimanpun, selepas bersara, Tun merasakan adalah tidak adil untuk menyekat hak anak-anaknya untuk bergiat dalam politik jika itu yang mereka mahu. Selain itu, Tun mengharapkan apa yang telah diterapkan dalam kehidupannya dan anak-anaknya dijadikan iktibar dan yang paling penting, mereka tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Semua dasar yang dibentuk sewaktu pentadbiranya adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Bukan bertumpu kepada golongan tertentu atau bersifat peribadi. Tun tidak pernah memodalkan anak-anaknya, malah mereka juga tidak pernah berbincang tentang kerja sewaktu bersama. Seluruh keluarga faham bahawa Tun adalah sangat sibuk dengan urusan negara dan urusan mereka adalah tanggungan mereka sendiri.  Sebaik menjadi perdana menteri, Tun bukan lagi milik keluarga. Segala urusan perlu diselesaikan sendiri. Hasmahlah yang menjadi tempat untuk mereka mengadu. Beliau tidak pernah merungut dan sangat memahami. 

Tun mengingatkan anak-anak jangan berlagak seperti anak orang kaya. Menceritakan kisah kecilnya dulu untuk pengajaran anak-anak dan berharap anak-anaknya membaca buku ini terutama kisah ibu bapanya dan kisah kanak-kanaknya dan berharap mereka terjumpa sesuatu yang menarik minat mereka, belajar sesuatu tentang bapa mereka, melihat perilaku atau menjumpai sesuatu yang unik untuk diperturun kepada anak-anak mereka kerana setiap sesuatu itu boleh menjadi pelajaran hanya jika kita bijak mentafsir. 
* this is my original review based on the reading of this book (chap 2 only) in both version, English and Bahasa Melayu

 

 

 

 

Tuesday, February 3, 2015

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz3QlBDMDQ4


terjumpa ini dan merasakan liriknya indah. seni itu indah & sukar dimengertikan. selamat menghidup udara petang yang indah diucapkan kepada semua.


Sunday, May 26, 2013

TIKA HUJAN KUBERDOA

PERGINYA ADAM AZFAR JIMADIE SHAH

sebagai ingatan buat adik ADAM AZFAR JIMADIE SHAH.

Anak ini pernah kulihat terkedek-kedek berjalan membontoti papanya ke rumah sahabat ditingkat 13A(kot...hehe)KLH HEIGHTS PUCHONG JAYA di awal2 usia kanak2nya.

 Harini, beliau pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini menuju alam yg hakiki selepas bergelut dengan kanser otak seawall usia 6 tahun. Moga semua yg menyayanginya... tabah dan melepaskan dengan redha. Allah jua yg tau apa yg terbaik buat kita. AL-FATIHAh bwat arwah . moga ditempatkan disisiNya... amin...

Lagu ini pula ditulis oleh ayahandanya sebagai nukilan terindah mengingat sikecil yg lincah. Dikomersilkan dalam bentuk CD dan dijual dengan harga RM10 oleh sahabat ayahandanya Meor Yusof Aziddin sebagai usaha membantu mengumpul dana bagi menampung kos perubatan Adam yang sebelum ini belajar di Genius Aulad.

Hari ini, anak ini pergi.  meninggalkan papa mamanya, adik-adiknya, atok nenek pakcik-makcik saudara maranya, uncle untie rakan-rakan papamamanya, rakan-rakan tadika sepermainannya, guru-guru, jiran-jiran, malah juga uncle bangla sipenjual aiskrim yang meronda petang2.
pemergian yang mungkin telah ditelah tetapi tidak tersangka secepat ini. atas janji mati Allah itu pasti. kesisiNya jua dia kembali.



  Penerbit: Meor Yusof Aziddin
  Susunan Muzik: Meor Yusof Aziddin dan Ariff Akhir
  Studio rakaman, adunan dan mastering: Purple Sound Productions
  Pemuzik: Meor Yusof Aziddin (vokal & gitar akustik) Ariff Yusof (flute)
  Lagu: Meor Yusof Aziddin
  Lirik: Jimadie Shah Othman
  Rekabentuk album: Im Untuk makluman terkini layari:

http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar

Juga terdapat lagu untuk Adam Azfar nyanyian Airmas berjudul 'Adam' boleh layari di youtube.

Lirik: TIKA HUJAN KUBERDOA

Berat mata memandang
Berat bahu memikul
Melihat air matamu
Deras di muka pipi
  Melihat deritamu
Si suci tanpa doa
  Aku tak berdaya
Hanya tergantung doa
  Tika harap semua gelap
  Tika jalan semua buntu
Terbitkah terbit cahya
Tumbuhlah benih harapan
  Tumbuhlah tumbuh anakku
  Jadi masa depan
Hujan menyaksikan doa
  Seluruh kita menyerah
Akan selalulah percaya
  Tiap sait yang menyala
Dia akan padamkan
Hanya tergantung doa

Thursday, April 25, 2013

SHORT-TERM MEMORY LOST

ASSALAMUALAIKUM....... ehehe.... hari pertama ditahun 2013 sy kembali mengetuk papan kekunci dengan tulisan bahasa melayu utk memanaskan enjin blog yg sudah terlalu lama tidak diservis. ohoho..... walau menghadapi sedikit kesukaran pada awalnya. (blh tersalah email add kn... tu la. lama sgt x kemaskini haha....sgt bahasa melayu...)short-term memory lost. Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat, sy pn blh la mengetok cerita buat tatapan kwn2 yg dh terlalu rindu dgn berita baru dari sy. haha... (sbnarnye, ak yg terlalu rindu kt korg. lame gler x bersihkn blog yg dh tebal sawangnye ni...) apa nk tulis, ye? ok. kite update pasal family 1st. bcoz family always come 1st. QASEH AZALIA MUHAMMAD AZAM aka KAKAK sudah hampir mencecah usia 3 tahun. sudah ke sekolah mainan (playschool. hehe...)atas alasan ingin membina moral yg tinggi dengan membiarknnye bergaul dengan rakan2 seusia. (sebenarnye, sebab playschool sama ngn konsep taska, blh blajar n blh jgk main. yg paling utama, sbb playschool tu dpn rumah je. menapak kurang dr 20 langkah dh sampai pintu taska. sudah petah berkate2 jg. sgt pandai mengajuk cakap ibu n ayah nye. jg ckap teacher kt sekolah die. oh.. lupe. name sekolah tu, BONDAMAMA playschool. contoh ckap ajuk yg digunakan ialah... i-oh yeah? ii- pity... kakak iii- fine...!!! iv- no no no... dont touch! v- hok aloh! (ini maksu punye penangan) kadang-kadang nampak comel, x kene gaya timbul rs geram n nk marah. nk2 tang FINE.....!!!!! tu. geram je. ni yg x brape best plak penangan nk sgt anak bersosial konon, htr peg playschool... i- ape??? (ble dipanggil namanye. sblm ni if panggil kakak or qaseh... die akn jawab; ye..ibu/ayah) ii-sebok... je. bluekkkk... sambil jelir lg. (kalau lebih dr skali mmg kene cepuk ngn ibu) iii- ish ish gewwammm la....(geram la)siap ngn expressi muke skali. omg.... ble di bawa berbincang ngn group mommies, diorg kate, itu mmg biasa, sebab perkembangan diorg mmg lalu stage tu. sebab pandai ikut apa kawan n org yg lagi besar, ckap. what is so surprising is diorg tau plak ble ms sesuai nk guna phrases tu. hoho.... QISYA AZALIA MUHAMMAD AZAM aka BABY QISYA sudah mencecah usia setahun 1bln. belom blh jalan. berat bambam. suke buat muke itik. skrg dh bising2 konon mejawab soalan, la. borak2. suke makan n habiskn makann kakak. selalu kene buli ngn kakak n counter attack ble kakak dh tdo. hoho.... ALHAMDULILLAH... kedua2nye sehat walafiat alhamdulillah.... rase seronok ble dapat bersama. maklumlah... setahun lebih kami pjj(perkahwinan jarak jauh). aku d pasir gudang n azam d cheras(bagpacker-keje spjg mase sampai offday. rehat pn kt office je. cuti or offday tros dtg PG) kirenye, dh setahun lebih azam dpt pindah sini. sblm tu setahun lebih jgk ak dok ngn qaseh 2org je. (termasok ms qaseh dlm perot, ak dok ngn kwn2. sewa 2 rmh, ble azam dtg, peg rmh lg 1. ble dh blk kl, blk semula dok ngn kwn2.) ble di ingat2, barulh sedar yg kite sebagai manusia sbenarnye x tau kemampuan kite sehinggalh kite diuji. mcm ak, sblm ni ak mmg x ready utk ddk jauh n pjj.tp ble Allah uji begini, nyata dengan ketabahan n redha dgn ujian itu, kami berjay mengharunginya. baru lh kite tau, bahawa kita mampu sbenarnye melakuknnye. kesabaran n saling faham adalah kunci utama. meletakkan Allah sebagai penjaga, ms yg sedikit itu dperuntukn dgn sebaiknye. quality time la... pengajarannye, kalu sepas ini kami diberi ujian seumpama ini, maka kami bersedia n tau bagaimana utk mengendaliknnye. insyaaALlah.... sekarang kami semua kembali bersatu dirumah baru yg kami beli disini(tetap tanpa niat utk menetap disini. ini bukan tempat kami....ooohhh)setelah 3 thn lebih ak disini. (azam blm sampai 2 thn0. telah setahun lebih juga menetap dirumah baru ini. (sebulan sebelum kelahiran Qisya kami pindah masok brg n qisya tros masok rmh baru.) sebab dh duduk rumah sendiri, azam dh makin rajin mengusahakn farmville nye. dulu kt rumah lame, seciput tanah depan rumah dipenuhkn dengan pokok asas masakn. kunyit, cili, serai, daun kari n stevia yg makin hari makin kurus daunnye juga gantungan kaktus yg memang tumbuhan kamikaze (sebab cuaca amat panas n cahaya terus yg terik menjdkn pokok pn kurus2 n mudah mati. sekarang, bukan kunyit cili,daun kari je, tp cili besar, tomato, terung pjg , bulat, labu, mengkudu semua ada dh. makin banyak kot lepas ni. siap ada pokok buluh depan rumah. ogg katenye.... haha... inilah penangan ble dh lame x mengetuk papan kekunci ni.diharapkan dengan update ni akn terubat la rindu kawan2, saudara mara,jiran2, orang kampung pada kami yg jauh merantau ni. mana x... sorang dari kuantan, pahang. sorang dari teluk intan, perak. tup2 tersadai di Pasir gudang JOHOR DARUL TAKZIM. moge ada rezki kami utk kembali ke kg halaman. xc pn, ke tempat yg lebih mendekatkn kami dengan keluarga. kawan2 di sini, baik2 belaka. buat mengubat rindu pd yg jauh...(salu same2 carpool peg UTM-ulutirammarket) dh nk pkol 5 ni. dh time to pack to get ready to go home. byk nye to.... ok lh. babai utk kali ni. nnt2 kite sharing2 lg, k! BYE....

Monday, February 13, 2012

DEAREST ALL MY BELOVED MOMMYFRIENDS

ASSALAMUALAIKUM N GUB BEAUTIFUL MORNIN EVERY1.

rasanye, ini tulisan pertama utk 2012. credit 2 myself for d improvement. hari ni kite berbual mesra secara santai regardless of d broken language used, ok!


cetusan rasa utk menulis ni disebabkan beberapa hari ni, sy asyik terfikirkn sorg kwn. sama2 blajar kolej, sama2 jd mummy n sama2 pernah lalu 1 significant experience. memang betul ble org kate, x kenal maka x cinte. senang utk org berkate2 tp part yg paling susah adalah utk berdepan sendiri dgn situasi itu.

Ramai jugak yg tau n willing 2 share susah senang dengan sy. as i had involved in a long distance marriage b4. it started as a long distance loveship either. huhu.....

ok

ad byk sebab keputusan perlu dibuat. tp yg paling penting, adalah membuat keputusan yg tepat utk diri sendiri. ble dh hidup berkeluarga, perkara pertama that will b put in mind is the family itself, rite?! so, timbang lh apa yang paling bagus dan adil utk keluargamu. ad org kate, kite org p'puan x blh berenti keje. sbb kite xtau apa akn jd pd masa depan. n itu sebagai backup sekiranya berlaku sebarang musibah dlm hubungan suami isteri. tp, ramai x yg sedar kadang2 musibah yg tertimpa pd pasangan suami isteri itu sebenarnya disebabkn beban kerja mereka sendiri???? hohoho......

JADI......

sebagai sepasang pasangan yang berjanji bersama selamanya sampai syurga, duduklh bertentang empat mata. menyenaraikn segala baik buruk yg bakal menghujani jln dihadapan. pasti anda tau apa yg penting bwat kalian dan anak2, kn?

adakah kewangan menjadi perkara utama?

jika YA; bekerjalah. atau anda juga blh mencuba peluang lain yg ada di sekeliling anda. rezeki Allah ada dimana2.

jika TIDAK; (maksudnya suami tidak mempunyai masalah utk menampung kewangan keluarga sendirian)dh x jadi hal lh. berenti je n duduklh sisamping suami anda. disitu sebaik-baik tempat seorang isteri.

TAPI....

ada mummies yg takut bergelar fulltime housewife. xde style. takut terkepong dek kepompong lh. cm katak bwh tempurunglh. mcm2 lh!

POKOK PANGKALNYA.....

Apa yang menjadi kepentingan anda? anak2 n suami, atau diri sendiri. jgn jadi lalang. byk cara on how to bring yourself. its your choice whether to become a styloversatile mummy or to become makcik geng mesyuarat tingkap. anda semua sudah mempunyai bekalan ilmu masing2 di dada. gunakan sebaiknya dijln yg betul. ibu2 berijazah pastinya mampu handle anak2 dgn cara yg lebih baik berbanding mama glamour SPM holders yg bekerja plak lg.

sebelum tepuk dada tanya selera, tgk keliling n timbangkan yang mana baikcantik n yg mana burukhodoh. semoga mummies sedunia mengambil ini sebagai iktibar bersama n yang baik dijadikan panduan. yg buruk x usahlh disimpan.

SEMOGA ALL MUMMIES ALL OVER THE WORLD MEET YOUR BEST WAY OF LIFE N LIVE LIFE HAPPILY EVER AFTER.

*****************MUAH******************

Wednesday, June 15, 2011

BERBICARA TENTANG CINTA

ITS RELATED TO THIS MORNING ARTICLE IN YAHOO NEWS.
'i just like the way she is'

lelaki mat saleh memang mudah n terbuke berbicare tentang cinte n perasaan cinte. what says lelaki melayu malaya?

mat saleh kate;
i love to see her most when she just wake up. natural, plain, clean.

yes its tru that most women will atleast put some powder on. nk nampak cantik, kemas tersusun n rapi. org kate juge, perlu bercantik2 utk suami. tp persoalan nyer, benarkah suami suke?

bcoz;
there r sum yg kate; i dont like it when she kissed me with her lip gloss on. its sticki n difficult to get rid off. i hate lipgloss. its aNNOYING!!!!!!!!!!!!

i luv d most the after bath of her. clean, nice smell n plain. i hate it when she put on that smokky eyes. it does not reveal herself. but they said, its for a professional n well groommed look. esspecially when meeting client.

so....
WHAT IS D CONCLUSION OF ALL THIS????

lelaki yg mencinta, akn terima semuanye tentang anda. apa baik nyer dlm diri anda. ape juga yg sebaliknye dalam anda. yg indah tentunya disanjung sampai hujung nyawa. yg x seindah mane senantiasa didoa utk dtg yg baik darinye.

togetherness is about how we when tru every single thing together. x salah memberi yg termampu. kebahagiaan akn membahagiakn kn? andai bersahaja itu yg paling indah. apa salah bersahaja utk mencipta bahagia. memahamilah utk difahami. memberilah utk berbahagia.

kate isteri; " i like it when i c u n have this pacorabanne smell."

kate suami; " im wearing this 4 u n just bcoz u like it. i like what ever u like in me. i luv deeply. i mean it"

kate isteri; "i wish 2 b everything u want me to be like. i luv u so strong"


kataku; seriously luv d smell of 1 million pacorabanne. thanks cinte to let me smell it on u. hehehehe......

Tuesday, April 19, 2011

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH!!!!! CONGRATULATION N CELEBRATION....

HEART-WARMING congrate to all my MySLian friends. dengar2 nya sudah mendapat berita indah menuju ambang bahagia.......
(entry ini berbahasa melayu khas buat semua. nasib mak x bwat bhs isyarat, nyah..;p)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

early this week, org ofis depan dh mula kecoh menggelabah pasal hal surat menyurat spp. cewah......
suke la tu!

seikhlasnye dr sudut hati, ak memang bergembire ngn brite yg diwarwarkn. ade banyak benar dr gosipnye. apepun. berbahagialah kwan2 mysl dengan kedatangan hal ini. selamat menempuh sesuatu ygh lebih banyak pasti dari angan2 n mungkin jauh lebih menggembirekn hari2 yg bakal mendatang. marilah kite sama2 berusaha menjadi yg lebih baik n berjihad seikhlas hati. mungkin jalan kite berbeza, tp, matlamat kite tetap sama.

gembire juge mendengarkn, kwn2 yg dh meninggaslkn poli pn mendapat perutusan bahagia ini. untung2 kite bakal bersatu kembali sebagai sebuah keluarga besar yg setia n saling mencinta.

* hajar n nizam dh dapat surat. gon, fad, ami, k.liza n ema tgh tunggu turn dgn pnoh kesabaran.

inginkn tips menjawab soalan SPP sebagai JURUBAHASA BERTAULIAH DH29 di POLITEKNIK?

nantikan entry berguna untuk para sahabat sekeluarga MySL.

babai!

back at 1