PERGINYA ADAM AZFAR JIMADIE SHAH
sebagai ingatan buat adik ADAM AZFAR JIMADIE SHAH.
Anak ini pernah kulihat terkedek-kedek berjalan membontoti papanya ke rumah sahabat ditingkat 13A(kot...hehe)KLH HEIGHTS PUCHONG JAYA di awal2 usia kanak2nya.
 Harini, beliau pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini menuju alam yg hakiki selepas bergelut dengan kanser otak seawall usia 6 tahun. Moga semua yg menyayanginya... tabah dan melepaskan dengan redha. Allah jua yg tau apa yg terbaik buat kita. 
AL-FATIHAh bwat arwah . moga ditempatkan disisiNya... amin...
Lagu ini pula ditulis oleh ayahandanya sebagai nukilan terindah mengingat sikecil yg lincah. Dikomersilkan dalam bentuk CD dan dijual dengan harga RM10 oleh sahabat ayahandanya Meor Yusof Aziddin sebagai usaha membantu mengumpul dana bagi menampung kos perubatan Adam yang sebelum ini belajar di Genius Aulad.
Hari ini, anak ini pergi.  meninggalkan papa mamanya, adik-adiknya, atok nenek pakcik-makcik saudara maranya, uncle untie rakan-rakan papamamanya, rakan-rakan tadika sepermainannya, guru-guru, jiran-jiran, malah juga uncle bangla sipenjual aiskrim yang meronda petang2.
pemergian yang mungkin telah ditelah tetapi tidak tersangka secepat ini. atas janji mati Allah itu pasti. kesisiNya jua dia kembali.
 
 Penerbit: Meor Yusof Aziddin
 
Susunan Muzik: Meor Yusof Aziddin dan Ariff Akhir
 
Studio rakaman, adunan dan mastering: Purple Sound Productions 
  Pemuzik: Meor Yusof Aziddin (vokal & gitar akustik) 
Ariff Yusof (flute)
 
Lagu: Meor Yusof Aziddin 
  Lirik: Jimadie Shah Othman 
  Rekabentuk album: Im 
Untuk makluman terkini layari: 
http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar
Juga terdapat lagu untuk Adam Azfar nyanyian Airmas berjudul 'Adam' boleh layari di youtube. 
Lirik: 
TIKA HUJAN KUBERDOA 
Berat mata memandang 
Berat bahu memikul 
Melihat air matamu 
Deras di muka pipi
 
Melihat deritamu 
Si suci tanpa doa
 
Aku tak berdaya 
Hanya tergantung doa
 
Tika harap semua gelap
 
Tika jalan semua buntu 
Terbitkah terbit cahya 
Tumbuhlah benih harapan
 
Tumbuhlah tumbuh anakku
 
Jadi masa depan 
Hujan menyaksikan doa
 
Seluruh kita menyerah 
Akan selalulah percaya
 
Tiap sait yang menyala 
Dia akan padamkan 
Hanya tergantung doa 
No comments:
Post a Comment