PERGINYA ADAM AZFAR JIMADIE SHAH
sebagai ingatan buat adik ADAM AZFAR JIMADIE SHAH.
Anak ini pernah kulihat terkedek-kedek berjalan membontoti papanya ke rumah sahabat ditingkat 13A(kot...hehe)KLH HEIGHTS PUCHONG JAYA di awal2 usia kanak2nya.
Harini, beliau pergi meninggalkan semua yg ada di dunia ini menuju alam yg hakiki selepas bergelut dengan kanser otak seawall usia 6 tahun. Moga semua yg menyayanginya... tabah dan melepaskan dengan redha. Allah jua yg tau apa yg terbaik buat kita.
AL-FATIHAh bwat arwah . moga ditempatkan disisiNya... amin...
Lagu ini pula ditulis oleh ayahandanya sebagai nukilan terindah mengingat sikecil yg lincah. Dikomersilkan dalam bentuk CD dan dijual dengan harga RM10 oleh sahabat ayahandanya Meor Yusof Aziddin sebagai usaha membantu mengumpul dana bagi menampung kos perubatan Adam yang sebelum ini belajar di Genius Aulad.
Hari ini, anak ini pergi. meninggalkan papa mamanya, adik-adiknya, atok nenek pakcik-makcik saudara maranya, uncle untie rakan-rakan papamamanya, rakan-rakan tadika sepermainannya, guru-guru, jiran-jiran, malah juga uncle bangla sipenjual aiskrim yang meronda petang2.
pemergian yang mungkin telah ditelah tetapi tidak tersangka secepat ini. atas janji mati Allah itu pasti. kesisiNya jua dia kembali.
Penerbit: Meor Yusof Aziddin
Susunan Muzik: Meor Yusof Aziddin dan Ariff Akhir
Studio rakaman, adunan dan mastering: Purple Sound Productions
Pemuzik: Meor Yusof Aziddin (vokal & gitar akustik)
Ariff Yusof (flute)
Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman
Rekabentuk album: Im
Untuk makluman terkini layari:
http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar
Juga terdapat lagu untuk Adam Azfar nyanyian Airmas berjudul 'Adam' boleh layari di youtube.
Lirik:
TIKA HUJAN KUBERDOA
Berat mata memandang
Berat bahu memikul
Melihat air matamu
Deras di muka pipi
Melihat deritamu
Si suci tanpa doa
Aku tak berdaya
Hanya tergantung doa
Tika harap semua gelap
Tika jalan semua buntu
Terbitkah terbit cahya
Tumbuhlah benih harapan
Tumbuhlah tumbuh anakku
Jadi masa depan
Hujan menyaksikan doa
Seluruh kita menyerah
Akan selalulah percaya
Tiap sait yang menyala
Dia akan padamkan
Hanya tergantung doa